Friday, August 28, 2009

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Pertamanya selamat datang ke dunia blogger.

    Keduanya tahniah kerana suatu percubaan yang baik dan berani. Berani gagal dan berani mencuba.

    Ana suka untuk beri sedikit pendapat berkenaan blog enti ni.

    1. Pengisian - OK. Boleh sahaja ditambah lagi artikel-artikel atau pengisian lain di masa akan datang.

    2. Posting artikel - Kureng skit. Apa yang ana maksudkan di sini adalah TIADA PERENGGAN dalam artikel menyebabkan sesuatu tulisan tersebut dilihat tidak menyenangkan.

    Artikel sewajarnya menggunakan perenggan bagi memudahkan pembacaan, selain menyedapkan mata memandang. Jika tidak, percayalah artikel yang menarik mana sekalipun TIDAK SEDAP DIBACA.

    3. Penggunaan ... di penghujung tulisan - sebolehnya dielakkan. Walaupun penggunaan tiga titik noktah itu dilihat santai, namun ianya akan menyebabkan tulisan tidak kemas.

    4. Ana suka untuk ingatkan agar dalam setiap penulisan blog supaya tidak menggunakan singkatan perkataan seperti perkataan dalam penggunaan SMS. Contoh: awk, sy, akn, x dan sebagainya.

    Walaupun perkataan tersebut kebiasaannya difahami maksudnya,namun ianya akan menyebabkan pembaca tidak senang untuk meneruskan pembacaan. Mungkin penulis dilihat malas, tidak serius dan sebagainya.

    5. LAGU pada blog - Pemilihan lagu / radio pada blog sebenarnya sesuatu yang mampu menarik pengunjung. Apatah lagi jika sesuatu lagu itu memang diminati.

    Cuma, ana suka untuk cadangkan lagu tersebut boleh dihentikan (samada STOP atau PAUSE) dengan penggunaan player / program yang lebih mesra pengguna. Ini kerana ada ketikanya pelayar blog mahukan privasi dan suasana yang lebih tenang. Apatah lagi jika blog ini dibuka di tengah malam ketika semua insan sudah tidur, atau ketika dalam pejabat.

    Wallahua'lam.

    Nota: Apa yang ana tulis tu berdasarkan pandangan sahabat-sahabat sebelum ini pada blog ana, pengamatan dan sebagainya. Apapun, Tahniah dan selamat datang ke dunia Blogger!!

    ReplyDelete
  2. Alamak, tertinggal satu lagi.

    6. Kenapa WWWmujahidahsyahid? kenapa tidak digunakan mujahidahsyahid sahaja, atau www.mujahidahsyahid sahaja? Apapun belum terlewat untuk enti tukar URL blog ini sebelum banyak lagi posting-posting dan sebelum URL ini diketahui lebih ramai.

    Caranya pergi ke DASHBOARD --> Pilih SETTINGS --> pilih PUBLISHING. Di situ enti boleh tukar URL blog enti dengan nama yang available.

    Namun, sekiranya URL sedia ada ini sudah disayangi, abaikan sahaja pendapat ana ini. Wallahua'lam.

    ReplyDelete