Sunday, July 18, 2010

Sunnah Berjuang

"Perjuangan menuntut pengorbanan". Ungkapan yang selalu kita dengar. Tapi bukan mudah untuk kita laksanakan. Perjuangan atas dasar semangat semata-mata tidak akan kekal lama kerana sang pejuang akan mudah goyah dek mehnah dan tribulasi yang melanda. Bila ada masalah, mulalah dirinya mencari alasan. Perjuangan yang sebenar perlu disertai dengan kefahaman. "Kenapa aku berjuang? Kenapa perlu aku berkorban?" Beruntunglah bagi mereka yang terpilih.

Saat pemuda-pemudi lain melayari kehidupan dengan penuh kemewahan dan keseronokan. Namun, sang pejuang perlu mengorbankan seluruh hidupnya untuk perjuangan Islam. Hakikatnya perjuangan menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia ini tidaklah dijanjikan dengan kesenangan dan kemewahan. Tidak dihamparkan permaidani merah. Malah, dihadapanmu penuh dengan ranjau berduri. Sanggupkah dikau untuk terus thabat dalam perjuangan?. Tepuk dada, tanyalah imanmu.

Aku tahu wahai sahabat. Jika hari ini engkau menangis, air matamu itu adalah kerana engkau terlalu cintakan Islam. Mampukah aku bertahan. Ya Allah, kurniakan kami kekuatan dan petunjuk kerana sesungguhnya kami ini hambaMu yang lemah. Amin...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga